top of page
photo6309549546623052085_edited.jpg

PROFIL SEKOLAH

SEKOLAHKU KEBANGGAANKU

          SMK TAMAN UNIVERSITI terletak di penghujung Jalan Pendidikan, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru di atas tapak seluas 6.5 hektar. Jaraknya 28 km dari Bandaraya Johor Bahru dan lebih kurang 3 km dari Universiti Teknologi Malaysia.

          Sekolah ini dibina bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan pendidikan yang baik dan sempurna kepada rakyat. Sekolah ini telah dibuka pada hari Khamis, 1 Disember 1994. Seramai 1001 orang pelajar telah ditempatkan dalam kelas Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 bersama 46 orang guru dalam memulakan sesi persekolahan tersebut. Keadaan persekitaran infrastruktur yang belum sempurna serta bunyi bising telah menyebabkan kesemua pelajar diarah oleh Pegawai Pelajaran Daerah berpindah ke SK Taman Universiti (2) dan SK Taman Sri Pulai. Seramai 644 orang pelajar menumpang di SK Taman Sri Pulai telah menjalani sesi persekolahan dari awal Januari sehingga akhir Mac 1995 sebelum berpindah ke SMK Taman Universiti pada hari Isnin, 3 April 1995.

          Semenjak ditubuhkan, sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang pengetua iaitu:

1. En. Ahmad bin Atil ( 1994 – 1996 )

2. Pn. Hjh Sham binti Haron ( 1996 – 1998 )

3. Pn. Zainab binti Datuk Abd Jalil ( 1998 – 2001 )

4. Pn. Hjh Ramlah binti Rahmat ( 2001 – 2009 )

5. Pn. Nilam binti Othman ( 2009 – 2011 )

6. En. Mahamud bin Othaman ( 2011 – 2014 )

7. Pn. Hjh Zaini binti Embong ( 2014 – 2015 )

8. Pn. Hjh Halimah binti Ahmad ( 2016 – 2018 )

9. En Rosman bin Bachok ( 2019 - sekarang )


          Pada awal tahun 1998, SMK Taman Universiti telah dinaikkan taraf ke Gred A. Sehingga kini, warga sekolah terdiri daripada 2392 orang pelajar (2017), 169 orang guru (2017), 16 orang staf sokongan (2017) dan 15 orang pekerja swasta (2017).


          SMKTUN dengan bangganya telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hishamuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran pada 6hb. Jun 2004. Pada tahun 2008 sekali lagi SMK Taman Universiti mengukir sejarah apabila KAA (kelas Aliran Agama) diperkenalkan pada Januari 2008.


          Dengan itu pihak sekolah akan menyediakan pembelajaran yang kondusif, menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat dan memantapkan pembinaan insan melalui pengurusan yang cekap dengan kerjasama komuniti setempat serta menanamkan budaya “SEKOLAHKU KEBANGGAANKU”

PROFIL: About Us
bottom of page